Saturday, August 31, 2013

Belajar Sambil Kerja. Susah-Susah Dahulu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ada dikalangan kita yang sudah bekerjaya dan berminat untuk sambung belajar. Persoalan disini adalah adakah ita bersedia untuk menghadapi cabaran baru yang mana bakal mencuri sedikit masa dalam hidup kita untuk melakukannya. Maksudnya buat dua kerja dalam satu masa. Sebenarnya cabaran ini amatlah berat dan sekiranya anda tidak mampu menanggungnya, maka disarankan tidak mengambilnya. TAPI, PADA YANG GAGAH DAN TABAH, anda dialu-alukan mengambilnya. Asalkan ada semangat dan keinginan, semuanya boleh terjadi.

Baiklah, saya merupakan salah seorang individu yang menyambung pelajaran sambil bekerja. Kat mana? Disinilah tempatnya.
UTMSPACE Jalan Tun Razak.
 
 
Kedudukannya betul-betul sebelah Ampang Park Shopping Mall tu. Kalau nak cerita kos apa yang ada, ada boleh search kat laman web utmspace. Dari segi yuran, purata adalam RM1500-1800 setiap semester. Tapi bukanlah bayar habiskan. Boleh bayar sedikit-sedikit. Waktu kuliah, hari sabtu 2.00 petang sampai 10.00 malam dan ahad pukul 8.30 pagi sampai 4.00 petang. Kat sini sahaja waktu sabtu ahad anda akan disalurkan ke tempat ini. Makanya, nak shopping-shopping, dating-dating, kenduri dan jalan-jalan terpaksalah dikorbankan. Nak skip kelas boleh, terlepas 1 hari kelas macam terlepas seminggu punya study. Kalau time arrangement anda okey, tiada masalah.
 
Lecturer pula macam mana? adat manusia ada yang okey ada yang tidak. Kuasa markah di tangan mereka. Baiklah, nama pun Universiti Teknologi Malaysia (UTM), nama pun dah gah. Walaupun ambil separuh masa, penilaian masih sepenuh masa. Tiada layanan istimewa walaupun anda seorang guru, manager, engineer ke, dimata mereka anda tetap seorang pelajar. Maka, bersedialah untuk pengalaman hidup sebagai seorang pelajar. Tiada masalah pun sebenarnya. Hati kena mahu keraslah macha..
 
Tugasan pun sama cuma specialnya di UTMSPACE ni, tugasan kalau minggu pertama dia bagi maka waktu hantarnya minggu pertemuan beikutnyalah. Memang ada banyak masa disitu tapi Hari Isnin hingga Jumaat anda pun kerja. Malam jela boleh buat tapi dengan badan yang penat, tambahan pula ada yang bekerluarga lagi nak layan anak bini semua, bilalah masa nak buatnya bukan? tapi, masih ada golongan yang bekerluarga ini yang sambung study resultnya lagi bagus dari si bujang-bujang ni. Komitmen mereka iaitu kerja, keluarga dan study. Yang bujang, kerja dan study. Malu la oi..
 
 
Berbalik pada kisah saya nak sambung study ni, masa mula-mula abis poli dulu teringin nak sambung study terus. atas alasan, kalau keje dah pegang duit memang dah takde mood study. Namun, apakan daya Allah lagi maha merancang dan saya tak dapat sambung study terus lepas graduate diploma dan saya bekerja. Dalam tempoh bekerja, adalah gatal-gatal tangan nak isi UPU sambung belajar full time. Pastu family bagi cadangan suruh isi UTMSPACE, belajar part time. Erm, UTM yer? Macam susah nak dapat. Top Universiti pulak.. Tapi apply jela.. dapat nanti baru citer balik. So, genap setahun aku kerja, Saya dapatlah pula panggilan UTEM kat Melaka. Kos Degree Instrumentation. Macam mana yer.. Memang teringin jugak nak sambung study ni. Lepas tu pula UTMSPACE pun keluarkan result saya dapat pulak masuk UTM.. Masalah ni.. Nak belajar part time ke full time? So, tanya family katanya amiklah part time sebab kerja dah elok pastu tanya member yang sambung study part time katanya sambunglah full time sebab part time ni memang susah. Fikir-punya fikir, maaf UTEM sebab saya memilih UTM. bukan sebab namanya yang gah, ini kerana perancangan masa hadapan yang panjang.
 
 
Kelas hanya hari sabtu ahad dan tiada masalah untuk saya pergi kelas. Jarak dari Kapar ke UTM hanya dalam 60 minit sahaja. Tiada masalah pun cuma kalau kena time standby saya, masak juga. Kadang-kala lena ponteng kelas. Nak tahu saya kerja kat mana?
 
 
 
KAPAR POWER STATION dibawah syarikat KAPAR ENERGY VENTURES SDN. BHD.
 
 
Inilah tempat saya cari makan dan inilah tempat ILMU TEKNOLOGI TERHEBAT yang kalau betul-betul nak belajar pasal power plant, inilah tempatnya. Eh, terpromote tempat kerja plak. Kembali ke topik kerja sambil belajar, kalau anda memang kerja duduk office dan just tengok kontraktor buat kerja memang takde masalah punya sebab kuderat tak menghalang anda untuk sambung study dan study time kerja. Tapi kalau yang kerja memang dahsyat guna tenaga semua, balik kerja dah penat memang tak studylah jawabnya. Tapi, kalau orang lain boleh kenapa anda tidak?
 
 
Geng-geng study dengan saya ada juga background kerjanya yang hebat-hebat, ada yang engineer dan bos-bos pun ada. Technician yang ramai tapi bukanlah technician kapok mcm saya ni. Biasalah dugaan study ni memang dahsyat, kadang-kadang tugasan dah sebulan bagi, esok nak hantar hari ni baru nak buat. Lumrah untuk yang study part time ni. Tapi jangan diamalkan selalu. Gamaknya pointer pun terjejas. Kalau study ni pulak jenis straight 4 jam.. take 5 pun sekali sekala. Mental kena kuat jugak tu. Soal jarak rasanya bukan jadi pemisah sebab ada juga rakan dari Tanjung Malim dan Kuantan datang ke Kuala Lumpur untuk sambung study. Jadi, kalau orang lain boleh, mengapa anda tidak? 
Memang kena bersusah dahulu bersenang kemudian. Terapkan dalam diri jika orang lain boleh melepasinya dan anda akan kenangnya sebagai sesuatu yang indah. Belajar sambil kerja sememangnya mencabar dan seronok Nak tahu seronok macam mana, cubalah sendiri. Akhir kata, kalau orang lian boleh, kenapa anda tidak?
 
 



36 comments:

  1. hi .. so u study full time ke part time ?

    ReplyDelete
  2. Hai syarifah. Saya study part time di utmspace. Berminatke nak sambung study?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau ambil partime diploma. Nnty dpt sijil tu professional diploma lh kn?

      Delete
  3. assalam, bro ambik degree ape? muet cam mane plak ye? mase poli ambik prog ape? & ade e-mail/fb ke nk contact bro untk pertanyaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. saya ambil degree on electrical engineering. Di poli ambil electronik. Apa2 boleh email saya azdiazlan89@gmail.com. Skrg ni utmspace dah buka untuk next intake. Boleh buka website utmspace. Pasal muet tu ada member saya ambil kemudian bila dah sambung blajar.

      Delete
  4. Salam....jadual belajar kita boleh atur ke klu xcuti sabtu ahad....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk utmspace hanya sabtu ahad sahaja kelas tersebut.. Tak boleh arrange hari lain.

      Delete
    2. Sabtu & ahd setiap minggu ke ? Or sebulan sekali ?

      Delete
  5. Salam....jadual belajar kita boleh atur ke klu xcuti sabtu ahad....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat balas. Jadual tak boleh atur kalau tak cuti sabtu ahad. Kena tengok jadual kuliah yang di offer oleh UTMSPACE. mana tahu ada sabtu ahad yang free ke..

      Delete
  6. Assalamualaikum.

    Baca cerita saudara nie buatkan saya teringin untuk belajar di sini.
    Tapi.. saya nak tau, utmspace nie dikategorikan sebagai ipts ataupun ipta ye? Dan bile graduate nanti.. utm yang akan keluarkan sijil nye ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong jawabkan boleh?
      UTMSpace ni adalah ipta..dan kalau saudari berjaya habis kan,akan grad di UTM,Skudai..dan akan dapat sijil OFFICIALLY from Universiti Teknologi Malaysia.
      hehe..

      Delete
    2. Tq atas jawapan dari cik Azeanty yer..

      Delete
    3. Utmspace ni sama jer macam full time, kami konvo full time akan campur dengan part time. Sijil tetap same jer

      Delete
  7. sy seorng tentera (admin department), saya sngt berminat dlm bidang pengarahan..maklumlah cita2 nk jadi seorng director yg tersohor di malaysia hahaha #impian & semangat tu kn peting. walaubagaimana pun sy x pernah study dimana2 institut pengajian tinggi..semasa tmt tkt 5, sy mendpt tawaran ke tkt 6. wlaubgaimna pun sy menolak utk meneruskan pljran atas alasan ingin berkerja, berdikari & bebas dari tanggungan kedua org tua sy, Ye lah mak ayah sy hnya petani, so apa yg sy ingin kn kene lh berusaha sendiri. tat y saya memilih bekerja. semasa berumur 19 thn, rezeki sy berada di dlm bidang ketenteraan, walaupun sy tau sy tidak berapa meminati profesion tsb, atas dasar tidak memilih pekrjaan dan kehidupan yg agak rumit sy menerima profesion tsb. sepanjang perkhidmatan sy selama 8 thn, bnyk cabaran, dugaan & pengalaman yg telah sy lalui. Jujur dunia ketentera telah mematang & mendewasakan sy walaupun kadang2 sy merasa lemah & hampir jatuh disebabkan tekanan kerja yg sngt menguasai diri sy. kerana terlalu meminati bidang pengarahan perfileman, sy mula berjinak2 dengan kamera DLSR disamping mengikuti kursus2 fotographi, sehingga lah sy boleh menghasil cerita2 pendek, video corperat & sbginya. walaubgimna pun, minat & side income tsb tepaksa diabaikan kerana penugasan yg sngt padat tanpa mengira masa & keadaan. tetapi pada dasarnya, itu lh pengorbanan seorng tentera yg terpaksa dilalui semasa aman. disebabkan anggota tentera tidak boleh menamatkan perkhidmatan sebelom genap tempoh perkhidmatanya. sy mengambil keputusan menamatkn perkhidmatan di atas para iaitu meneruskn pengajian sepenuh masa yg tidak berkaitan dgn kemahiran sy (admin). institut pilihan sy adalah aswara (diploma filem & televisyen). tetapi yg menjadi persoalanya, perlukah sy meneruskan perkhidmatan walaupun sy sngt stress & tidak berminat dgn kerjaya hari ini? dan bgaimana pula jika sya meneruskn pengajian, mampukah sy bekerja sambil belajar, kerana sy masih mempunyai komitmen utk 2 org adik & ibu sy. bagaimana pula jika sy terpaksa absen apabila mendpt job foto & video time class? bagaimana pun sy harus mengimbangkan masa study & bekerja sy? perlukah sy menamatkan pengajian sekiranya komitmen kerja sy sbgi sorng foto video lebih baik & mendpat hasil yg lebih lumayan? then, yg sngt penting, sy tdk pernah merasa keadaan dari segi semua aspek di pusat pengajian tinggi. so, bagaimana sy hendak merancang kehidupan sy sbgi seorng studen yg bekerja selepas menamatkan perkhidmtan? i hope member2 di sini dpt memberi pendapat yg positif & sedikit infomasi yg dpt membantu sy. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan atas sudi memberi komen. Berkenaan dengan persoalan tuan, saya bukanlah seorang yang mahir namun InsyaAllah boleh saya kongsikan sesuatu.

      Ada diantara rakan saya yang dapat tawaran kerja yang lebih baik ketika sedang menyambung belajar. disebabkan komitmen nya terhadap kerja yang tinggi memaksa beliau untuk berhenti belajar. Namun, gaji yang diterimanya saya percaya lebih tinggi daripada apa yang dia bakal dapat sekiranya dia menjadi jurutera (setelah abis degree) di syarikat yang lama. Sekiranya ada tawaran yang lumayan tanpa perlu tuan korbankan masa, wang ringgit dan tenaga why not tuan pilihkan?

      Bekerja sambil study memang pening tapi kena pandai imbang. Memang terlalu banyak pengorbana yang tuan kena hadapi. Kalau bujang pun dah terasa, yang dah brkahwin apa tah lagi kan..

      Belajar ijazah ni satu option untuk upgrade kelayakan akademik kita. Apa guna ada ijazah tapi kita tak tahu gunakannya. Ada jer yang SPM tapi gajinya besar dari sang degree. Kalau ada tawaran lumayan, why not accept even terpaksa berhenti.

      Mungkin satu hari nanti kerjaya tuan dah stabil, boleh sambung belajar lagi. Belajar ni tiada penghujungnya.. Any time..

      Delete
  8. Boleh tahu class every weekend or dalam sebulan hanya beberapa kali sahaja seperti study part time di uitm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Terima kasih kerana sudi memberi komen. Kelas memang hanya weekend sahaja. Depend on berapa subjek yang anda ambil. Maksimum 3/4 depend on jam kredit. Kalau anda ambil 3/4 subjek, kelas anda every week. Kalau ambil 1/2, kelas selang dua minggu. Depend on subjek and jadual yang disediakan..

      Delete
  9. Assalamualaikum. Hi ada email atau apa apa tak untuk saya contact, sbb rasa mcm macam nak tanya ni. hmm kalau ada, pls add fb saya Fatin Shakinah ye.

    sbb rasa berminat utk masuk UTMSpace ni, cuma yelah nak tau juga mcm mana kan hihi

    ReplyDelete
  10. Kalau engineering degree part time brape tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut experience kwn2 sy yg dh hbs, klu elektrik dlm 4 thun setengah ke 6 thun, tu pn kalu x repeat, haha mekanikal selalunye lg lama

      Delete
  11. Assalamualaikum,saya juga pelajar poli dalam jurursan elektrik dan elektronik. saya berminat utk study di sini dan ada beberapa soalan..boleh saya berhubung dgn tuan dgn apa cara? terima kasih tuan atas kerjasama.

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum, tq because sharing your experience, sy pn tgh duk pkir nk smbng jgk, n sy pn kje mcm tuan, sy kje di jimah power plant, hrp kte dpt berhubung lepas ni

    ReplyDelete
  13. saya nak tanye..abg sambung blajar part time nie brape tahun? same jugakk ke dgan orang yg ambik degree full time ?

    ReplyDelete
  14. kalau amik part time diploma boleh ke sambung part time degree?

    ReplyDelete
  15. kalau amik part time diploma boleh ke sambung part time degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Boleh...sy diploma, degree, postgraduate diploma semua part time..otw master plak ni Inshaallah..

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. hello, boleh saya tahu kalau nak persue degree dekat utmspace johor, muet wajib?

    ReplyDelete
  18. selamat sejahtera , nak tanya kalau saya ini masih tengah menjalani latihan industri dan habis bulan depan . kalau macam ini bolehke saya apply part time degree masa kini untuk october intake nanti ?

    ReplyDelete
  19. Salam, saya ada bbrp soalan.

    1. apa perbezaan utm dgn utmspace ya? kalau kita tamat pengajian di utmspace, adakah sijil tu ada pengiktirafan yg sama mcm kalau dpt drpd utm? sebab saya kurang yakin dgn utmspace compare dgn utm atau ipta lain.. mohon pencerahan

    2. saya ada check fees part time degree. kos yang dia tunjukkan (e. g. rm30k) tu maksudnya accumulation untuk setiap semester ya? anggaran bayaran bagi satu semester (termasuk tahun pertama) berapa ya?

    3. adakah student part time layak untuk memohon biasiswa?

    4. andai kata saya apply sahaja Part time utmspace dan dpt tawaran, tapi saya decide untuk sambung full time, boleh ke kalau saya nak reject tawaran tu?

    5.dalam era pandemic ni, mod pembelajaran untuk part time degree utmspace atas talian atau masih kena pergi ke institute yg ditetapkan ya?

    Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Saya tolong jawabkan ya.

      1. Utm dan utm space ni sama je. Cumanya utm space ni untuk part time student. Grad di utm johor sama dgn student full time.

      2. Fees 30k tu fees total pengajian. Andaikata belajar 5 tahun. 30k tu bahagi dengan 5. Jadi satu tahun 6k. Satu tahun ada 2semester. Jadi satu semester 3k.

      3. Layak jpa, kwsp dan ptptn je kalau tak salah. Kalau salah maafkan sy.

      4. Boleh je takde masalah

      5. Skrg ni masih lagi online sehingga further notice.

      Delete
  20. UTMSpace dan UTM takde beza la. 1 je beza...mode pembelajaran. UTMSpace part time tapi kena ingat..bukan PJJ. Ada beza. Part time peraturan 80% kehadiran terpakai wlpn majoriti lecturer lenient pasal benda ni. Kelas2 PJJ universiti lain tiada pperaturan ni..unless mode pembelajaran sama iaitu Part time. Time exam dan kertas exam utk part time dan full time juga sama. So difficulty UTMSpace sebiji mcm pelajar full time.

    ReplyDelete