Saturday, August 31, 2013

Belajar Sambil Kerja. Susah-Susah Dahulu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ada dikalangan kita yang sudah bekerjaya dan berminat untuk sambung belajar. Persoalan disini adalah adakah ita bersedia untuk menghadapi cabaran baru yang mana bakal mencuri sedikit masa dalam hidup kita untuk melakukannya. Maksudnya buat dua kerja dalam satu masa. Sebenarnya cabaran ini amatlah berat dan sekiranya anda tidak mampu menanggungnya, maka disarankan tidak mengambilnya. TAPI, PADA YANG GAGAH DAN TABAH, anda dialu-alukan mengambilnya. Asalkan ada semangat dan keinginan, semuanya boleh terjadi.

Baiklah, saya merupakan salah seorang individu yang menyambung pelajaran sambil bekerja. Kat mana? Disinilah tempatnya.
UTMSPACE Jalan Tun Razak.
 
 
Kedudukannya betul-betul sebelah Ampang Park Shopping Mall tu. Kalau nak cerita kos apa yang ada, ada boleh search kat laman web utmspace. Dari segi yuran, purata adalam RM1500-1800 setiap semester. Tapi bukanlah bayar habiskan. Boleh bayar sedikit-sedikit. Waktu kuliah, hari sabtu 2.00 petang sampai 10.00 malam dan ahad pukul 8.30 pagi sampai 4.00 petang. Kat sini sahaja waktu sabtu ahad anda akan disalurkan ke tempat ini. Makanya, nak shopping-shopping, dating-dating, kenduri dan jalan-jalan terpaksalah dikorbankan. Nak skip kelas boleh, terlepas 1 hari kelas macam terlepas seminggu punya study. Kalau time arrangement anda okey, tiada masalah.
 
Lecturer pula macam mana? adat manusia ada yang okey ada yang tidak. Kuasa markah di tangan mereka. Baiklah, nama pun Universiti Teknologi Malaysia (UTM), nama pun dah gah. Walaupun ambil separuh masa, penilaian masih sepenuh masa. Tiada layanan istimewa walaupun anda seorang guru, manager, engineer ke, dimata mereka anda tetap seorang pelajar. Maka, bersedialah untuk pengalaman hidup sebagai seorang pelajar. Tiada masalah pun sebenarnya. Hati kena mahu keraslah macha..
 
Tugasan pun sama cuma specialnya di UTMSPACE ni, tugasan kalau minggu pertama dia bagi maka waktu hantarnya minggu pertemuan beikutnyalah. Memang ada banyak masa disitu tapi Hari Isnin hingga Jumaat anda pun kerja. Malam jela boleh buat tapi dengan badan yang penat, tambahan pula ada yang bekerluarga lagi nak layan anak bini semua, bilalah masa nak buatnya bukan? tapi, masih ada golongan yang bekerluarga ini yang sambung study resultnya lagi bagus dari si bujang-bujang ni. Komitmen mereka iaitu kerja, keluarga dan study. Yang bujang, kerja dan study. Malu la oi..
 
 
Berbalik pada kisah saya nak sambung study ni, masa mula-mula abis poli dulu teringin nak sambung study terus. atas alasan, kalau keje dah pegang duit memang dah takde mood study. Namun, apakan daya Allah lagi maha merancang dan saya tak dapat sambung study terus lepas graduate diploma dan saya bekerja. Dalam tempoh bekerja, adalah gatal-gatal tangan nak isi UPU sambung belajar full time. Pastu family bagi cadangan suruh isi UTMSPACE, belajar part time. Erm, UTM yer? Macam susah nak dapat. Top Universiti pulak.. Tapi apply jela.. dapat nanti baru citer balik. So, genap setahun aku kerja, Saya dapatlah pula panggilan UTEM kat Melaka. Kos Degree Instrumentation. Macam mana yer.. Memang teringin jugak nak sambung study ni. Lepas tu pula UTMSPACE pun keluarkan result saya dapat pulak masuk UTM.. Masalah ni.. Nak belajar part time ke full time? So, tanya family katanya amiklah part time sebab kerja dah elok pastu tanya member yang sambung study part time katanya sambunglah full time sebab part time ni memang susah. Fikir-punya fikir, maaf UTEM sebab saya memilih UTM. bukan sebab namanya yang gah, ini kerana perancangan masa hadapan yang panjang.
 
 
Kelas hanya hari sabtu ahad dan tiada masalah untuk saya pergi kelas. Jarak dari Kapar ke UTM hanya dalam 60 minit sahaja. Tiada masalah pun cuma kalau kena time standby saya, masak juga. Kadang-kala lena ponteng kelas. Nak tahu saya kerja kat mana?
 
 
 
KAPAR POWER STATION dibawah syarikat KAPAR ENERGY VENTURES SDN. BHD.
 
 
Inilah tempat saya cari makan dan inilah tempat ILMU TEKNOLOGI TERHEBAT yang kalau betul-betul nak belajar pasal power plant, inilah tempatnya. Eh, terpromote tempat kerja plak. Kembali ke topik kerja sambil belajar, kalau anda memang kerja duduk office dan just tengok kontraktor buat kerja memang takde masalah punya sebab kuderat tak menghalang anda untuk sambung study dan study time kerja. Tapi kalau yang kerja memang dahsyat guna tenaga semua, balik kerja dah penat memang tak studylah jawabnya. Tapi, kalau orang lain boleh kenapa anda tidak?
 
 
Geng-geng study dengan saya ada juga background kerjanya yang hebat-hebat, ada yang engineer dan bos-bos pun ada. Technician yang ramai tapi bukanlah technician kapok mcm saya ni. Biasalah dugaan study ni memang dahsyat, kadang-kadang tugasan dah sebulan bagi, esok nak hantar hari ni baru nak buat. Lumrah untuk yang study part time ni. Tapi jangan diamalkan selalu. Gamaknya pointer pun terjejas. Kalau study ni pulak jenis straight 4 jam.. take 5 pun sekali sekala. Mental kena kuat jugak tu. Soal jarak rasanya bukan jadi pemisah sebab ada juga rakan dari Tanjung Malim dan Kuantan datang ke Kuala Lumpur untuk sambung study. Jadi, kalau orang lain boleh, mengapa anda tidak? 
Memang kena bersusah dahulu bersenang kemudian. Terapkan dalam diri jika orang lain boleh melepasinya dan anda akan kenangnya sebagai sesuatu yang indah. Belajar sambil kerja sememangnya mencabar dan seronok Nak tahu seronok macam mana, cubalah sendiri. Akhir kata, kalau orang lian boleh, kenapa anda tidak?